Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biang menanti tembuk.

Takrif

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genting menanti putus, biang menanti tembuk.

Takrif

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai bisul hampir memecah.

Takrif

Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat beban sudah ke tepi.

Takrif

Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Obat jauh penyakit hampir.

Takrif

Dalam kesusahan, sukar mendapat pertolongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang sesayat (= seiris) sebelanga.

Takrif

Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba.

Takrif

Tentang jemputan (undangan) yang sudah sempurna.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Antara dua tengah tiga.

Takrif

Sakit hampir mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti birah dengan keladi.

Takrif

Tidak ada bezanya; hampir sama saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam mengarang telur.

Takrif

Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.



Lihat selanjutnya...