Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan mengesahkan tajuk yang sesuai daripada pilihan berikut: (i) Kerangka Rekabentuk Program Pendidikan Berterusan (berorientasikan teknikal) yang Lestari (ii) Kerangka Rekabentuk Program Teknikal yang Lestari untuk Pendidikan Berterusan Untuk makluman pihak tuan, program yang ingin dibangunkan adalah berkenaan program pendidikan berterusan yang berorientasikan teknikal dan mestilah bersifat lestari. Lestari yang dimaksudkan adalah sifat-sifat pembangunan lestari iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang dari aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih.Cadangan : Melestarikan Kerangka  Reka Bentuk Program Pendidikan Berterusan (Berorientasikan Teknikal).Lain-lain29.02.2008
salam sejahtera, mohon semakan tatabahasa untuk cadangan tajuk berikut: KERANGKA PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BERTERUSAN (BERORIENTASIKAN PEMBANGUNAN LESTARI)Cadangan pembetulan : 1. Kerangka Program Pendidikan Teknik dan Vokasional yang Berterusan(Berorientasikan Pembangunan Lestari) 2. Kerangka Program Berterusan bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional (Berorientasikan Pembangunan Lestari)Tatabahasa11.03.2008
adakah wujud frasa penambahbaikan bertingkat? adakah lebih tepat jika menggunakan penambahbaikan berterusan? tqIstilah penambahbaikan bertingkat tidak ada dalam pangkalan data DBP. Penambahbaikan berterusan lebih sesuai digunakan.Istilah09.02.2011
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos.Tatabahasa17.02.2012
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
(a) Tidak harus membuat sesuatu yang boleh dianggap menjadi nuisance of persistence annoyance kepada anggota-anggota Koperasi;Padanan bahasa Melayu bagi perkataan nuisance ialah gangguan. Persistence annoyance ialah kegusaran berterusan. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata tersebut ialah gangguan kegusaran berterusan.  Istilah12.06.2008
sejauh manakah perancangan taraf bahasa melayu yang dilaksanakan oleh dewan bahasa dan pustakaPerancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih.Lain-lain20.09.2008
Bolehkan imbuhan "me-" digunakan berterusan dalam satu ayat seperti "Ketua kumpulan memutuskan menggunakan cara pertama."? Adakah "memutuskan menggunakan" betul dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih.Memutuskan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek/ayat komplemen/pelengkap untuk menyempurnakan ayat. Dalam contoh ayat yang diberi memutuskan dan menggunakan, kedua-duanya ialah kata kerja transitif dan tidak boleh hadir beriringan dalam ayat.Tatabahasa10.01.2012
KAIZEN(RAHSIA PEMBANGUNAN JEPUN) PENINGKATAN YANG BERTERUSANIstilah29.10.2010
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI

Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap.

Tatabahasa20.02.2008
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,