Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.

Takrif

Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.

Takrif

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan jauh banyak dilihat.

Takrif

Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Takrif

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.

Takrif

Banyak pengalaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.

Takrif

Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak dapat berjalan tegak, mengingsut-ingsut (engsot-engsot) sampai juga.

Takrif

Jika tidak dapat mengerjakan sesuatu pekerjaan besar sekali gus maka kerjakanlah dengan perlahan-lahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat.

Takrif

Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.

Takrif

Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.

Takrif

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.



Lihat selanjutnya...