Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di jalan raya; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke rumah saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.



Lihat selanjutnya...