Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ?

Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi.

Tatabahasa11.03.2010
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'?Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggiMakna06.08.2007
Adakah ayat ini betul? Tidak terangkat oleh saya bakul yang berisi buah kelapa itu. Saya telah merujuk tatabahasa Dewan edisi keempat tetap tiada contoh. Terima kasih.Bentuk pasif diri pertama yang gramatis ialah "bakul yang berisi buah kelapa itu saya tidak terangkat".Tatabahasa11.06.2013
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru?

Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah:

1. ... berisi wang. 

2. ... bersimpati terhadap Ah Chong

3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru

4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru

Tatabahasa10.03.2010
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat

Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna28.07.2009
apakah maksud perkataan 'selamat'Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi.Makna09.08.2010
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih.

Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan.

Tatabahasa05.10.2011
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.



Lihat selanjutnya...