SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti. |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Apa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.
Lihat selanjutnya... |
|