Kata |
Takrif |
Sumber |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diploma | 1 sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan. 2 sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diploma | 1. sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan. 2. sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan. | Kamus Pelajar |
lulus | 1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijazah | 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelulur | mudah lulus atau lepas kerana longgar; melungsur ke bawah (ttg seluar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sah | 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prasiswazah | sebelum lulus sbg siswazah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celus | boleh lulus (masuk, lepas) ke dlm sesuatu (melalui lubang dll), dapat lepas (keluar); ~-celas keluar masuk, celum-celam; mencelus masuk (ke dlm lecah dll); tercelus termasuk (ke dlm lecah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sijil | surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan berkualiti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
breeze | ~ through, lulus dgn /mudah, senang/: she ~d through the exam, dia lulus dlm peperiksaan itu dgn mudah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
get | ~ so. through (exam, test), /membantu, menolong/ hingga sso lulus: with additional classes the lecturer got all his students through, dgn mengadakan kuliah tambahan, pensyarah itu dapat membantu hingga semua pelajarnya lulus; ~ st through, a. cause st to move, pass through, membawa sst melalui: we could not ~ the cupboard through the door, kami tdk dapat membawa almari itu melalui pintu; b. cause st to be passed by Parliament, (berjaya) mengatur supaya sst diluluskan: to ~ a bill through the House, berjaya mengatur supaya rang undang-undang diluluskan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
each | ~ of + pl n, /setiap, tiap-tiap/ + sing. n, tiap-tiap + classifier drpd + pl n: ~ of the students passed, setiap pelajar itu lulus or tiap-tiap seorang drpd pelajar-pelajar itu lulus; ~ of the books, setiap buah buku or tiap-tiap sebuah drpd buku-buku itu; ~ of /us, them/, /we, they/ ~, tiap-tiap seorang drpd /kami, mereka/, /kami, mereka/ masing-masing: ~ of us won a prize; we ~ won a prize, tiap-tiap seorang drpd kami memenangi hadiah or kami masing-masing memenangi hadiah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
graduate | vi 1. obtain degree from university or college, /mendapat, memperoleh/ ijazah: she ~d in law last year, dia mendapat ijazah undang-undang tahun lalu; to ~ with honours, mendapat ijazah dgn kepujian; 2. gain qualification, lulus sbg: he ~d as an engineer, dia lulus sbg jurutera; 3. (US) complete a course from other institutions, lulus: she never ~d from high school, dia tdk lulus sekolah tinggi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fail | vt 1. be unsuccessful, gagal, tdk lulus: she ~ed her driving test, dia gagal dlm ujian memandunya; 2. declare as unsuccessful, menggagalkan, mengandaskan: the teacher ~ed nearly twenty percent of the class, guru itu menggagalkan hampir-hampir dua puluh peratus murid dlm kelas itu; 3. disappoint expectations of (so.) at time of need, mengecewakan; (of voice) tdk keluar; (of legs) menjadi lemah: Im sure he wont ~ me, saya pasti dia tdk akan mengecewakan saya; her legs ~ed her and she sat down suddenly, kakinya menjadi lemah dan dia cepat-cepat duduk; sos courage ~ so., sso hilang semangat; sos memory ~ so., sso tdk mengingat sst; words ~ me, lidahku kelu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
distinction | 5. (in examination), (markah) cemerlang: to pass with ~, lulus dgn cemerlang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flying colours | n; with ~, dgn cemerlang: he passed with ~, dia lulus dgn cemerlang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fail | vi 1. be unsuccessful, gagal, tdk berjaya; (in examination etc) tdk lulus, gagal, terkandas: the negotiations ~ed, rundingan itu gagal; the visit ~ed in its purpose, lawatan itu gagal mencapai tujuannya; he ~ed in his duty, dia gagal menjalankan tugasnya; 2. stop functioning or working properly, a. (of mechanical device) rosak: the steering suddenly ~ed, stering tiba-tiba rosak; b. (of brakes, clutch) tdk makan; c. (of heart) berhenti berdenyut; d. (of engine) mati; 3. lose power or strength, weaken, (menjadi) lemah; (of health) merosot; (of eyesight) menjadi kabur: the old mans memory is ~ing, daya ingatan orang tua itu semakin lemah; her strength was beginning to ~ , dia mula menjadi lemah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grade | b. (mus) level of skill, gred: shes passed her ~ 5 piano exam, dia telah lulus peperiksaan piano gred 5; 3. a. rank, gred: the highest ~ of semi-skilled workers, pekerja separuh mahir gred tertinggi; b. level of importance, peringkat: people of every ~ of society, orang drpd setiap peringkat masyarakat; 4. (US) division in school, gred: he is in the fourth ~, dia dlm gred empat; 5. (US) pupils in such division, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
joy | n 1. gladness, great pleasure, kegembiraan, gembira: he jumped for ~ when he was told he had passed the exam, dia melompat kegembiraan apabila diberitahu bahawa dia telah lulus peperiksaan itu; to be filled with ~, berasa sangat gembira; 2. st that causes gladness, (sst yg) menggembirakan: while at college, she discovered the ~ of writing poetry, semasa di maktab, dia mendapati menulis sajak itu sst yg menggembirakan; the children are a great ~ to her, kanak-kanak itu menggembirakannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
approved occupation | penghunian lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
approved occupation | penghunian lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
approved plan | pelan lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
approved plan | pelan lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
approved application lease | pajakan permohonan lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
approved application lease | pajakan permohonan lulus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lulus | lulus [lulus] | Melanau Dalat | |
hunus | lulus[lulus]; mengeluar [mluwar] | Melanau Dalat | |
lulus | lulus. | kedayan | |
paih II | lulus: ~ pum lima lulus tingkatan lima; | Melanau Mukah | |
pass | lulus | TETAW | |
maat I | celus, bulus, lulus: ~ kuman mata takuong celus drpd mata siring. | Melanau Mukah | |
sangsi | ragu mengakuk (mengakuk ngak sah lulus) [ragu meakuk] | Melanau Dalat | |
meneng | menang; 1 berjaya, berhasil, mendapat kejayaan: a ~ seneng naseng orang menang senang hati; 2 keuntungan atau ganjaran krn berjaya mengalahkan lawan, musuh, dll; 3 lulus dlm peperiksaan, beroleh hadiah dlm pertandingan, peraduan dll; | Melanau Mukah | |
belabok | jatuh; 1 turun ke bawah dgn cepat: ~ kuman daan kayou jatuh dr dahan pokok; 2 menjadi kurang, turun, merosot: rega duit telou nda ngak ~ lauih nilai wang kita belum jatuh sangat; 3 tidak berhasil, tidak lulus; 4 bankrap, muflis: wak usahasiyen ~ nulik nda | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb ِ گ )gozāshtan( نتشاذگ نتشذگ ،ندنارذگ )goẕarāndan, goẕashtan( )goẕashte( هتشذگ )gerāmī, ‘azīz( زيزع ،ىمارگ )gerān( نارگ )gorbe( هبرگ )gardan( ندرگ garaj udara, gas lembu waktu kapur tulis peminta sedekah meletakkan lulus, meluluskan dahulu yang disayangi mahal kucing leher garage gas cow time chalk beggar to put to pass past dear, honourable expensive cat neck گ Kamus Parsi.indb 120 5/18
|
Kamus Thai 2.indb าเหล ือง [-la] น kain sami ผ ้ าอนามัย [-ana:mai] น lampin wanita ผ ้ าอ ้ อม [-:m] น lampin ผ ่ าน [pa:n] ก 1 lulus: เขาได ้ ผ ่ านการทดสอบ ขับรถ Dia telah lulus ujian memandu kereta. 2 meluluskan: รัฐสภาได ้ ผ ่ านกฏ หมายต ่ อต ้ านการก ่ อการร ้ าย Parlimen telah meluluskan undang-undang antike- ganasan. 3 melalui: เรือสินค ้
|
Kamus Thai 2.indb wat] น selesema หวัดนก [-nok] น selesema burung หวั ่ น [wan] ก 1 bimbang: เขาหวั่ นว ่ าเขา จะสอบไม ่ ผ ่ าน Dia bimbang bahawa dia tidak akan lulus dalam peperiksaan. 2 takut: ถึงแม ้ ว ่ าจะถูกข ่ มขู ่ หลายครั้ งก็ตามเขาก็ ไม ่ หวั่ น Walaupun beberapa kali diugut dia tidak takut. หวาด [wa:t] ดู หวั่ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lulus | [lu.lus] | لولوس |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
moso duo | | kenduri (kesyukuran)) | Moso duo segaa bei jo anaknei pas diom peraksoon. | Mereka mengadakan kenduri kerana anaknya lulus peperiksaan. | budaya | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| lulus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,
2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,
3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut
4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,
| Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan, |
|
|