Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED YAACOB, TAN SRI | MOHAMED YAACOB, Tan Sri (1926- ), Menteri Besar Kelantan (1978-1990). Dia lahir pada 3 Januari 1926 di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, dan Sekolah Melayu Mentuan, Kota Baharu. Kemudian, dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sultan Ismail College, Kota Baharu dan memperoleh Overseas School Certificate pada tahun 1947. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| tumpat (adjektif) | Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;, | | Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan, |
|
|