Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AUBREY, JOHN | Aubrey, John (16261697), pengarang dan antikuari, yang paling diingati tulisannya, Brief Lives , sebuah koleksi anekdot mengenai tokoh- tokoh terkenal seperti Francis Bacon, Ben Jonson dan Sir Walter Raleigh. Ia menghiburkan, kadang-kala berunsur fitnah dan sering tidak tepat. Sebagai seorang antikuari, Aubrey menemui bulatan batu besar di Avebury dan lubang di Stonehenge yang dinamakan sempena namanya. Dia mencadangkan bahawa Stonehenge dan bulatan batu lain pada asalnya adalah kuil Druids. Aubrey lahir di Easton Piercy, berhampiran Chippenham, di Wiltshire, England. | UMUM | |
VALMIKI | Tokoh sasterawan India. | SASTERA | Tokoh |
BELL, ALEXANDER GRAHAM | Tokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefon | TEKNOLOGI | Tokoh |
DEWEY, MELVIL LOUIS KOSUTH | Tokoh yang membina sistem perpustakaan | TEKNOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHIM KAJAI (18941943) | Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh sasterawan dan Bapa Kewartawanan Melayu Moden. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin memajukan nasib orang Melayu melalui penanya iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam bidang sastera, dia juga dianggap sebagai Bapa Cerpenis Melayu yang produktif. | UMUM | |
QARAFIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qarafiy, Shihab al-Din al- (? 684 H./? 1285 M.), tokoh ilmu fiqh Mazhab Malikiy dan salah seorang tokoh ilmu usul. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Idris ibn Abd al-Rahman, Abu al-Abbas Shihab al-Din al-Sanhajiy al-Qarafiy. Al-Qarafiy lahir di Bahnasa, Mesir. Keluarganya berasal dari Sanhajah, Maghribi. | UMUM | |
TOKOH GURU | TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Anugerah/Hadiah |
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA | KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988. | BAHASA | Bahasa |
EPIK WARISAN ISLAM | EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar. | SASTERA | Penerbitan |
SURREY | Surrey ialah kaunti Inggeris yang terletak di selatan London yang mempunyai pemandangan yang indah dan bangunan-bangunan lama yang masih terpelihara dengan baik. Amanah Kebangsaan memiliki sesetengah bahagian kaunti ini. Surrey mempunyai kaitan dengan ramai tokoh terkenal. Tokoh reformasi, William Cobbett dan ahli ekonomi, Thomas Malthus lahir di Surrey. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tokoh (kata nama) | 1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,
2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,
|
|
|