Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza. Terdapat dua jenis asas plastik PVC tegar dan fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai mandi, hos, dan bahan penebat elektrik. |