Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TERAS BUMI | Zon bahagian tengah Bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
SENTROSFERA | Sentrosfera ialah teras dalam bumi. Ia juga dikenali sebagai barisfera. Diameternya lebih kurang 2500 kilometer. Ahli sains percaya bahawa sebahagian besar sentrosfera terdiri daripada besi dan nikel. Lihat juga Seismologi . | UMUM | |
TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
KAYU LOG | Kayu log didapati daripada teras pokok yang tergolong dalam famili kacang pis. Pokok ini tumbuh di kawasan tropika di Amerika Tengah, Mexico, Amerika Selatan dan Hindia Barat. | UMUM | |
OSTEOMIELITIS | Osteomielitis ialah keradangan tulang dan sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan, biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun. Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria. Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan, kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya. Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan tulang dan seterusnya kecacatan. | UMUM | |
RAZIY, FAKHR AL-DIN AL- | Raziy, Fakhr al-Din al- (544606 H./11501210 M.), pakar dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam, astronomi, falsafah, ilmu-ilmu teras agama dan sebagainya. Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Umar ibn al-Hasan ibn al-Husayn al-Taymiyal-Raziy, yang lebih terkenal dengan gelaran Fakhr al-Din. Dia lahir di al-Rayy, Tabristan. Dia pernah berguru dengan beberapa orang ulama besar pada zamannya termasuk bapanya sendiri. Dia terkenal kerana kebijaksanaan dalam pelbagai ilmu. | UMUM | |
MULGA | Mulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneura | UMUM | Umum |
BATUAN IGNEUS | Batuan igneus, batu yang terbentuk daripada penyejukan dan penghabluran magma dari teras bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TENAGA NUKLEAR | Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini, terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik. Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta tahun. | UMUM | |
KELENJAR ADRENAL | Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan yang merembeskan banyak hormon penting. Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan korteks (lapisan luar). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| teras (kata nama) | Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;, | | Kata Terbitan : berteraskan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tidak teras bintang, Suluh menyuluh luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh menyuruh kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|