Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (16371680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
STYRON, WILLIAM | Styron, William (1925 ) ialah penulis novel Amerika. Walaupun latar yang dipaparkan dalam fiksyennya berbeza, Styron lazimnya dikenali sebagai penulis Selatan. Prosa Sytron yang kerapkali amat berkesan dan teliti itu memperlihatkan pengaruh penulis Selatan, iaitu William Faulkner. | UMUM | |
PERUBATAN | Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains dan kepakaran tentang kajian penyakit, penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan ini dalam menggunakan ilmu yang ada ketika merawat pesakit. | UMUM | |
STONE, EDWARD DURELL | Stone, Edward Durell (19021978) ialah arkitek Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya. Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk perlindungan daripada matahari. Banyak antara bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar Amerika Syarikat. | UMUM | |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (17911861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu babak wajib pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
TANGOR | Tangor ialah buah sitrus yang tergolong dalam famili mandarin (lihat Mandarin ). Ia dihasilkan melalui pendebungaan silang antara tangerin dengan oren. Induk tangor jarang diketahui dengan pasti, kecuali buahnya terhasil daripada program pembiakan baka tumbuhan yang dikawal dengan teliti. Tangerin Temple dan Tangerin Honey adalah antara tangor yang paling penting ditanam pada hari ini. | UMUM | |
TERENCE | Terence (195?159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
TEGANGAN PERMUKAAN | Tegangan permukaan ialah daya yang menyebabkan permukaan cecair berkelakuan dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika ia diletakkan di atasnya dengan teliti. Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai kererambutan. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (18801932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Quran al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Quran) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: (Inilah) kitab (al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| teliti (adjektif) | Bersinonim dengan cermat, rapi, berhati-hati, berwaspada, berhemat, beringat-ingat, berawas-awas, berjaga-jaga, halus, sungguh-sungguh celi, perdata;, | | Kata Terbitan : meneliti, ketelitian, penelitian, peneliti, |
|
|