Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ESKALATOR | Eskalator ialah tangga bergerak yang membawa orang dari satu tingkat ke satu tingkat atau dari aras ke satu aras. | UMUM | |
SENJATA | Senjata. Senjata memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. Senjata membantu manusia menakluk dan meneroka hutan belantara yang besar dan luas dan mempertahankan rumah tangga dan keluarga mereka daripada musuh. Negara menggunakan senjata untuk melakukan peperangan. Mereka terus membuat senjata baru yang berupaya membunuh ramai manusia. Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang amat dahsyat. | UMUM | |
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. | Zaynab bint Muhammad Rasulullah SAW ( ? 8H/? 630 M), anak sulung Rasulullah SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid. Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang pertama mendirikan rumah tangga. Dia dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu al-As ibn al-Rabi al-Abshami sebelum diutus menjadi rasul. | UMUM | |
PERANG BADAR AL-KUBRA | Perang Badar al-Kubra meletus pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa dan merampas harta orang Islam sehingga memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan rumah tangga di Makkah al- Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang jalan perdagangan mereka dari Makkah al- Mukarramah ke Syam. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
MENARA | Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung, yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh muazin dari puncak menara untuk menyeru umat Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri. Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling biasa dalam seni bina Islam. | UMUM | |
SUNGAI GANGES | Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di India dan salah satu sungai yang terpanjang di dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa. Mereka yang sakit dan cacat datang dengan harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu, sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu, bahasa utama orang India, ialah Ganga. | UMUM | |
M. GHAZALI | M. GHAZALI (1930-1982), penyair. Dia lahir pada 22 Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghazali bin Abdul Samad. M. Ghazali juga memakai nama pena A.S. Maghza. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka dan Sekolah Arab al-Junid, Singapura dari tahun 1945 hingga 1951 dan lulus Darjah Tujuh. Selepas itu, dia belajar di Makkah. | SASTERA | Tokoh |
TILIK | TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu. | BUDAYA | Konsep |
RASUNA SAID | RASUNA SAID (1910-1965), nasionalis Indonesia. Dia lahir pada 14 September 1910 di daerah Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya, Haji Muhamad Said, adalah pedagang yang menubuhkan Syarikat Tunaro Yunus, sehingga mereka dikenal sebagai keluarga yang kaya dan dihormati. Rasuna menerima pendidikan awal di sekolah desa dan di Sekolah Diniyah Padang Panjang. Dia juga mempelajari ilmu agama dengan Haji Abdul Karim Amrullah dan belajar di Sekolah Rumah Tangga, Padang Panjang. Pada tahun 1926, dia belajar di Sekolah Thawalib, Panyinggahan Maninjau dan tamat pada tahun 1928. Setelah bebas daripada pembuangan di Semarang, Jawa Tengah, dia belajar di Islamic College, pimpinan Muchtar Yahya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| tangga (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,
| Kata Terbitan : bertangga, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.
Lihat selanjutnya... |
|