Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DISFEMISME | penggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan. | BAHASA | Konsep |
TABIK | Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera menunjukkan rasa hormat kepada pegawai, bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata yang dibuat oleh pemain pedang. | UMUM | |
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI | Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis, direkod, atau bergambar termasuk filem yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan. Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada bahasa atau tingkah laku yang dipercayai merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas untuk menimbulkan keghairahan seks. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sopan (adjektif) | Bersinonim dengan baik budi bahasa, beradat, beradab, sopan santun, berbahasa, baik kelakuan, baik akhlak, elok perangai, baik hati, tahu adat, tertib, berajar, simbai;, | | Kata Terbitan : bersopan, menyopankan, kesopanan, |
|
Puisi |
---|
|
Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 497 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Masuk kawan ayam berkokok You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk kawan ayam berkokok! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|