Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DUBUK | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai haiwan. | UMUM | |
DUCCIO DI BUONINSEGNA | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai haiwan. | UMUM | |
IKAN SISA NABI | Ikan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan ini mempunyai sirip ekor yang membulat. | UMUM | Umum |
GUNUNG SISA | Gunung sisa, bentuk bumi yang terbentuk daripada tinggalan tanah tinggi yang mengalami penggondolan berlanjutan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
ALAT PEMBAKAR | Alat pembakar merupakan alat relau panas yang digunakan untuk membakar sisa buangan sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil digunakan untuk membakar sampah-sampah di rumah. Alat pembakar industri yang besar pula digunakan untuk melupuskan cat, minyak, kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang dihasilkan oleh proses industri. | UMUM | |
BIOREMEDI | Proses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul. | KEJURUTERAAN | Konsep |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
TALI PUSAT | Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. | UMUM | |
AMANG | Amang ialah sisa timah yang terhasil akibat daripada aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan secara terbuka. Amang boleh wujud dalam bentuk timah tulen, monazit tulen, ilmenit tulen atau zirkon tulen. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
|
Tesaurus |
---|
| sisa (kata nama) | Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;, | | Kata Terbitan : bersisa, menyisakan, |
|
|