Kata |
Takrif |
Sumber |
sisa | apa-apa yg tertinggal selepas dimakan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan gaji suam | Kamus Pelajar |
sisa | apa-apa yg tertinggal selepas dimakan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pancaran radioaktif. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. menyisakan menjadikan ada sisanya; membiarkan berlebih atau berbaki sedikit: Siapa yg ~ makananku ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sisa | apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), berbaki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiarkan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebih-lebihnya | paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk menjelaskannya di negara luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selebih-lebihnya | paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlebih | 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersisa | ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selebihnya | baki drpd sesuatu; lebihnya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersisa | ada sisanya (bakinya, lebihnya), berbaki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja | (réja) buangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat dll); ~-~ ayam bahagian ayam (spt kaki, isi perut, dll) yg dibuang; ~-~ kain potongan-potongan kain yg lebih; ~-~ kayu potongan-potongan kayu yg lebih; ~-~ sabun potongan-potongan kecil sabun; ~ sayung (Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn satu permukaannya rata dan yg satu laginya melengkung; ~ tepi (Hut) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd pemotongan tepi kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
balance | 7. preponderating weight, imbangan: the ~ of the evidence seems to favour the accused, imbangan bukti nampaknya memberat kpd pihak yg dituduh; 8. remainder, baki(nya), lebihan, lebihnya: I shall pay the ~ in three months, saya akan membayar bakinya dlm masa tiga bulan; bank ~, baki di dlm bank; 9. (accounting) baki; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
seluar sumbu MSr | seluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang. | Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebihnya |
|
|