Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MILKUL YAMIN | Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam al-Quran pada beberapa ayat seperti dalam surah al-Muminun, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Muminun 23:17) | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan falsafah yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
NABI IDRIS A.S. | Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (Surah Maryam 19:5657) Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: Dan (demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. (Surah al-Anbiya 21:85) | UMUM | |
SURAH AL-SAFF | Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 14 ayat. Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia memperkatakan tentang peperangan sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang berperang di atas jalan-Nya dengan tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan yang utuh. (Surah al-Saff 61:4) | UMUM | |
SURAH AL-KAWTHAR | Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar). (Surah al-Kawthar 108:1) | UMUM | |
SURAH YASIN | Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin . Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku. | UMUM | |
GELANGGANG | GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Quran tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan Yakub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang salih. (Surah al-Ankabut 29:27) | UMUM | |
NABI MUSA A.S. | Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka. Namanya ialah Musa ibn Imran tetapi bukan abang Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus- ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT. kepada Firaun dan kaumnya yang amat menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan. Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun yang juga seorang nabi. (Surah Maryam 19:5153) | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
|