Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (18871953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
SELLERS, PETER | Sellers, Peter (19251980) ialah pelakon British yang serba boleh. Filem yang dibintanginya termasuk The Ladykillers ; Im All Right, Jack ; The Millionaires ; Only Two Can Play ; Lolita ; The Pink Panther ; Dr. Strangelove ; Alices Adventures in Wonderland ; dan Being There . Sellers lahir di Southsea, Hampshire. Dia memulakan kerjayanya di Windmill Theatre, London, tetapi mencapai detik kegemilangannya dalam rancangan radio dan televisyen bertajuk The Goon Show (digandingkan dengan Spike Milligan dan Harry Secombe) dan A Show Called Fred . Pada tahun 1959 dia telah memenangi anugerah British Film Academy Award, melalui filemnya Im All Right, Jack . | UMUM | |
THORNDIKE, DAME SYBIL | Thorndike, Dame Sybil (18821976) ialah pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang serba boleh terserlah dalam persembahan komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914 hingga tahun 1918, Thorndike berada di Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai watak dalam drama Shakespeare. Semasa Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa buah bandar perlombongan dan perkampungan di Britain. Sybil Thorndike lahir di Gainsborough, Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima Darjah Empayar British. | UMUM | |
MOZART | Mozart (1756-1791), komposer serba boleh Austria. Nama sebenarnya ialah Wolfgang Amadeus Mozart. | KESENIAN | Tokoh |
BOTHAM, IAN | Botham, Ian (1955 ), pemain kriket England yang menjadi salah seorang pemain serba boleh dalam sejarah permainan tersebut. | UMUM | |
BROOK, PETER STEPHEN PAUL | Brook, Peter Stephen Paul (1925 ) ialah penerbit dan pengarah British yang bijak dan serba boleh. | UMUM | |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936 ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |
SOYINKA, WOLE | Soyinka, Wole (1934 ) ialah penyair, penulis drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba boleh yang mampu mengubah penulisannya antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958), The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| serba (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,
2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,
3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,
|
|
|