Kata |
Takrif |
Sumber |
bermacam-macam, macam-macam | berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayuran | ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemahuan | kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayur-sayuran | , sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benang pancarona | benang yg berwarna macam-macam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajnas | Ar (jamak bagi jenis) macam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
varia | beraneka, berbagai-bagai, atau bermacam-macam (terutamanya karya sastera). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayur-mayur | , sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampai | 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
everything | and ~, (colloq) dan macam-macam lagi: I advised him and ~, but he still did it, saya menasihatinya dan macam-macam lagi, tetapi dia masih melakukannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gamut | the (whole, entire) ~, segala /macam, rupa/: the entire ~ of emotion, segala macam emosi; run the ~ of experience etc, mengalami segala macam pengalaman dll. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
homy | adj (colloq) macam rumah: this flat is not ~ at all, rumah pangsa ini tak macam rumah langsung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
law | b. (colloq), (as if with authority) bercakap macam /bijak pandai, tahu benar/: he lays down the ~ on subjects he knows nothing about, dia bercakap macam tahu benar ttg perkara yg langsung tdk diketahuinya; possession is nine points of the ~, berhak, mempunyai hak; (sos) word is ~, perintah: around here, her word is ~, di tempat ini, kata-katanya ialah perintah; take the ~ into os own hands, bertindak /sesuka hati, sewenang-wenang/: no one is entitled to take the ~ into his own hands, tdk seorang pun boleh bertindak sesuka hati; the (long) arm of the ~, (humourous) polis: you cant escape the long arm of the ~, kamu tdk boleh lari dr polis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jazz | and all that ~, (colloq, usu derog) dan benda-benda macam itu: he told me to work hard, to stay away from bad company, and all that ~, dia suruh saya kerja kuat, jangan bergaul dgn budak-budak jahat, dan benda-benda macam itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
howsoever | adv 1. see HOWEVER (sense 2.); 2. to whatever degree, walau macam mana pun: ~ I try, I will not be able to finish the work in time, walau macam mana pun saya mencuba, saya tdk akan dapat menyiapkan kerja itu dlm tempohnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
how | ~ are you, ~ do you do, apa khabar; ~ /can, could/..., /macam mana(kah), bagaimana(kah)/ [sso] boleh...: ~ can you do such a thing to your own family!, bagaimana kamu boleh buat begitu pd keluarga kamu sendiri!; ~ do you /like, find/, adakah kamu suka: ~ do you like your new job?, adakah kamu suka kerja baru kamu?; ~s /things, everything/, /bagaimana, macam mana/ sekarang?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
how | 2. in what state, condition, keadaan; (interrog) bagaimanakah (keadaan); (colloq) macam mana(kah): I am going to see ~ Maria is this morning, saya hendak melihat keadaan Maria pagi ini; ~s the market today?, bagaimanakah keadaan pasaran hari ini; 3. be like, (interrog) bagaimanakah; (colloq) macam manakah: ~ was your holiday?, bagaimanakah percutian anda?; 4. to what extent, amount, etc, berapa; (interrog) berapa(kah): I want to know ~ long it takes to type one page, saya hendak tahu masa yg diambil utk menaip satu muka surat; ~ old is he now?, berapakah umurnya sekarang?; ~ many of them were killed?, berapa ramai antara mereka yg terbunuh?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
girlishly | adv /spt, macam/ budak perempuan: he behaved ~, budak lelaki itu berperangai spt budak perempuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | b. inclusive of all, termasuk segala-galanya: the house is $800 a month ~ in, bayaran sewa rumah itu berjumlah $800 sebulan termasuk segala-galanya; c. see ALL-IN; ~ in ~, generally speaking, pd keseluruhannya, (pd) umumnya; ~ in one piece, masih utuh; ~ /kinds, manner, sorts/ of n, n + of ~ /kinds, sorts/, berbagai-bagai; (fml) pelbagai, segala jenis; (infml) bermacam-macam, segala macam: this restaurant used to be frequented by ~ manner of people, restoran ini dulu didatangi oleh segala jenis manusia; the new rule caused ~ kinds of problems, peraturan yg baru itu menimbulkan bermacam-macam masalah; ~ of [+ measurement, n indic amount] sekurang-kurangnya, tdk kurang drpd: he was ~ of two metres tall, tingginya sekurang-kurangnya dua meter; that car must have cost ~ of $20,000, harga kereta itu tentu tdk kurang drpd $20,000; ~ of a sudden, (dgn) tiba-tiba, sekonyong-konyong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
simile | simile | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud seperti. |
catachresis | salah ungkap | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis . |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud jenis dan macam. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
okukura | macam mana | - | - | - | - | - | Ilmu Bahasa | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
mirad | macam | - | - | - | - | - | Ilmu Bahasa | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
ama naya ta | macam mana keadaan saudara | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
petek | Cairan pekat yang keluar dari bermacam-macam pokok | bipetek | bergetah.- mempunyai (mengandungi) getah | Likat meng petek | - | Melekat bagaikan getah | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
uduan | dubur | paguduan perlakuan membuang air | - | sagit a uduan a manuk | tidak berhenti bercakap (macam dubur ayam) | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
ates | alat tradisional penggiling tebu untuk mengeluarkan airnya | ngates | menggiling tebu untuk mengeluarkan airnya | pepet mung odog ~ | - | leper macam kena penggiling | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
amak | tikar sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll) | biamak | bertikar - menggunakan tikar | mung barut amak | - | macam tikar digulung | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
seliluk | macam-macam: ~ bengesa kuwih macam-macam jenis kuih; ~ bengesa tenawan macam-macam bangsa manusia. | Melanau Mukah | |
jenis | macam [macam] | Melanau Dalat | |
tan I | macam; 1 bkn cara atau kaedah: ~ itou, gitou ~ macam ini; ~ iyen macam itu, seperti itu, begitu; 2 laksana, seperti, umpama: ~ payau masuok kapuong macam rusa masuk kampung; idak ~ gaya macam-macam kerenah. | Melanau Mukah | |
macam | bermacam-macam bamacam-macam | kedayan | |
macam | macam; | kedayan | |
pelbagai | bemacam-macam [bmacam-macam] | Melanau Dalat | |
macam | semacam samacam; | kedayan | |
macam | jangan banyak ~ jangan banyak macam. | kedayan | |
masem | macam: kaau melei dua ~ bunga kamu beli dua macam bunga; | Melanau Mukah | |
kaka II | bk bagi anak yg banyak, macam ulat: agei kawak bak megirik aneak teluwaih a, ~ gak lebok ngia-ngiam ki masih juga hendak mengurat anak dara orang, anak di rumah macam ulat. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bertenek, *tenek* Sk | upacara bertindik. | Gawai-gawai besar seperti kahwin, bersunat, bertenek dan macam-macam lagi. Tuk Ngoncong perlu ditempah awal-awal. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sakang Ib | azimat dan ubat-ubat bomoh. | Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngirup Ib | minum. | Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kampit, *kupit* MSb | sejenis perahu besar. | Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sagantang Kd | nama lain (eufemisme) bagi tapai. | Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melelat-lelat MSr | menjalar. | Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
numpik Sk | Proses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai. | Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
otop Mr | nama sejenis perangkap binatang. | Pantang nama Paring disebut, dia pasti melenting cepat. Macam perangkap otop yang menggunakan kayu balak penindih. Tersilap langkah, pasti terjerat. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pesesang, *pesisang* Bj, Ir, Kd, Tb | kumbang padi, kersing. | Tapi, aku tidak berapa suka bah tuhau itu. Baunya macam pesesang (kumbang padi). Ricky pula mencelah dengan topik baru yang tiba-tiba menarik perhatian mereka pagi itu, susulan daripada masalah yang dihadapi oleh Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
legar-legur MSr | berdentam-dentum. | Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb ้ น [canan] ส ั น jadi, oleh itu: เขามีธุระฉะน ั ้ นไม ่ ได ้ มา Dia ada urusan, jadi dia tidak datang. ฉะนี้ [cani:] ว seperti ini, begini, macam ini: ประโยคนี้ ควรจะแปลฉะนี้ Kali mat ini harus diterjemahkan seperti ini. ฉะอ ้ อน [ca :n] ก 1 memujuk ว 2 lampai, langsing ฉัตร [cat] น payung cetera ฉัน 1 [can] ส saya: ว ั นนี้ ฉ ั นไม ่ ว ่ าง Saya tidak lapang hari ini. ฉัน 2 [can] ก makan ฉัน 3 [can] ว seperti, macam, bagaikan, seolah-olah ฉันใด [-dai] ว bagaimana ฉันนั ้ น [-nan] ว begitu, seperti itu ฉันท ์ [can] น puisi Thai, can ฉันทลักษณ ์ [-talak] น kaedah meng gubah puisi
|
Kamus Thai 2.indb mengikat tali pada hujung busur yang sebelah lagi. ว 2 melengkung: คิ้ วของน ั กแสดงคนน ั ้นก ่ งด ั งวง พระจ ั นทร ์ Kening pelakon itu meleng- kung macam bulan sabit. ก ๊ ง [ko] ก minum arak: ชายคนน ั ้ นก ๊ ง เหล ้ าต ั ้ งแต ่ เช ้ าเลย Lelaki itu minum arak sejak |
Kamus Thai 2.indb ngan awak. เหมือง [ma] น lombong: คนจีนทำ เหมืองแร ่ ในจังหวัดภูเก็ตเมื่ อหลายปีก ่ อน Orang Cina mengusahakan lombong bijih di wilayah Phuket beberapa tahun da- hulu. เหมือน [man] ว 1 seperti, macam: เด็กคนนั้ นเดินเหมือนเป็ด Budak itu ber- jalan seperti itik. 2 (รูปร ่ าง หน ้ าตา) serupa: ใบหน ้ าของเธอเหมือนพี่ สาวฉัน Wajah awak serupa dengan kakak saya. เหยาะ [y] ก 1 ก 1 ingin: ฉันอยากเป็นหมอ Saya ingin menjadi seorang doktor. 2 teringin: ภรรยาของเขาอยากจะกินไก ่ ย ่ าง Isterinya teringin hendak makan ayam panggang. อย ่ าง [ya:] น 1 jenis, macam: คุณแม ่ เตรียมกับข ้ าวสามอย ่ าง Emak menyediakan tiga jenis lauk. ว 2 seperti, semacam: เด็กคนนั้ นไม ่ อ ้ วนอย ่ างคุณแม ่ เขา Budak itu tidak gemuk
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
macam-macam | [ma.cam.ma.cam] | ماچم٢ |
macam | [ma.cam] | ماچم |
bermacam-macam | [ber.ma.cam.ma.cam] | برماچم-ماچم |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata macam-macam |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Lihat selanjutnya... |
|