Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PAKAIAN SERAGAM | Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang tertentu. | UMUM | |
ALIRAN SEARUS | Aliran seragam yang segaris dengan garis arus. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut: < Gambarajah > Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0. Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu. Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z. Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z. Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat. Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga. Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
FIZIK GELOMBANG | Rambatan yang seragam dan teratur dari keadaan pegun atau keseimbangan dari satu tempat ke satu tempat. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
EMPAYAR MAURYA | Empayar Maurya ialah empayar pertama di India yang mempunyai kerajaan yang seragam bagi hampir seluruh negara tersebut. | UMUM | |
SEURAT, GEORGES | Seurat, Georges (18591891) ialah artis Perancis yang telah membangunkan satu sistem melukis yang dinamakan pointillisme . Di sebalik menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik- bintik rapat yang berwarna terang dan seragam saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan warna lain yang sama terang. Pointillisme menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis. | UMUM | |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
ISOPAK | Isopak merujuk kepada garis selintap yang menyambungkan dua atau lebih kawasan yang mempunyai ciri stratigrafi dan sifat ketebalan batuan yang seragam. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PASARAN BERSAMA | Pasaran bersama ialah kesatuan ekonomi negara-negara. Anggota pasaran bersama berusaha untuk menyingkirkan tarif dan halangan perdagangan lain antara mereka dan untuk mengikut dasar perdagangan yang seragam dengan negara-negara bukan anggota. | UMUM | |
HUTAN HUJAN SEDERHANA PANAS | Hutan hujan sederhana panas, hutan yang tumbuh di kawasan iklim sederhana panas, iaitu keadaan iklim yang hampir seragam sepanjang tahun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
|
Tesaurus |
---|
| ragam (kata nama) | 1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,
2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,
3. Bersinonim dengan lagu: langgam
4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,
| Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman, |
|
|