Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAH AL-DUHA | Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan al-Duha sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya, iaitu ayat 1 dan 2 bermaksud: Demi waktu duha dan malam apabila ia sunyi sepi. (Surah al-Duha 93:12) | UMUM | |
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| sepi (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar, Berantonim dengan meriah
3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,
| Kata Terbitan : menyepi, kesepian, |
|
|