Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH | PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH, pertubuhan golongan ulama yang mempunyai tujua sosial dan politik di Aceh, Sumatera, Indonesia. Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) ditubuhkan pada 5 Mei 1939 dalam satu musyawarah pada ulama yang diadakan di Matang Gelumpang Dua, Aceh. Dalam musyawarah ini, Teungku Muhammad Daud Beureueh dilantik sebagai ketua 1, Teungku Abd. Rahman Meunasah Meucap sebagai ketua II, Teungku M. Nur Ibrahimy sebagai setiausaha I, Teungku Ismail Yacub sebagai setiausaha II dan Teungku M. Amin sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Teungku Abd. Wahab Samalanga, Teungku Syekh Haji Abdul Hamid, Teungku M. Daud, Teungku Usman Lampoh Awe dan Teungku Yahya Baden. Rata-rata pemimpin PUSA merupakan tokoh pejuang Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH | PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH, institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal Islam dan penganutnya di Sabah. Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai United Sabah Islamic Association (USIA). USIA ditubuhkan pada 16 Ogos 1969 bersempena tarikh persidangan Kongres Masyarakat Islam Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
STOKING | Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki. Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas, hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh dan bau kaki. | UMUM | |
RIPLEY, ROBERT LEROY | Ripley, Robert LeRoy (18931949) ialah pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang dikenali sebagai Believe It or Not. Panel ini mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di puncak kepopularannya, jumlah pembaca Believe It or Not dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta orang. Rencana itu juga mengandungi bahan untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku, filem, dan muzium. | UMUM | |
MACEDONIA | Macedonia ialah kawasan bersejarah di Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah. Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas 34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia menjadi kuat pada zaman purba, apabila pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan Macedonia di seluruh empayarnya. | UMUM | |
ANJING | Anjing ialah haiwan kesayangan yang popular di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 10 000 tahun dahulu, anjing menjadi haiwan yang pertama dijinakkan. | UMUM | |
SATIE, ERIK | Satie, Erik (18661925), penggubah Perancis, menghabiskan seluruh kerjayanya dengan mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan dia amat tidak gemar akan romantisme dan impresiosisme. Caranya menangani bentuk harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi banyak penggubah. | UMUM | |
PENGUCAPAN PUISI DUNIA KUALA LUMPUR (PPDKL) | Kegiatan sastera yang menghimpunkan penyair dari seluruh dunia. | SASTERA | Kegiatan |
TELEVISYEN | Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah dan menonton pemimpin negara membuat ucapan atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan, pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh. Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik, dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia. Televisyen juga membawa penonton keluar dari dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa. Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur. Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan hiburan berbanding dengan rancangan lain. Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam; dan filem cereka. | UMUM | |
ZONTA INTERNATIONAL | Zonta International ialah pertubuhan perkhidmatan di seluruh dunia bagi wanita eksekutif dalam perniagaan dan bidang profesion masing-masing. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| seluruh (kata tugas) | Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;, | | Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 624 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|