Kata |
Takrif |
Sumber |
kamu | 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasanya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamu sekalian | engkau sekalian, engkau (awak) semua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarwa | sl segala, sekalian, seluruh: Tuhan ~ sekalian alam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalian | 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekalian | ® kali I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalian | 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalian | 1. semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2. = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar |
persidangan | perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya sehingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sidang | 1 = persidangan perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya sehingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. bersidang bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puan-puan | sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
All | b. (in combination with dem. pron) semua; (colloq) semua(nya): ~ (of) that is our land, semua itu tanah kami or itu semuanya tanah kami; c. (in combination with pers. pron) semuanya, sekalian: ~ of us are coming, kami semuanya akan datang or kami akan datang semuanya; ~ of /it, them/, /it, they/ ~, semuanya: it ~ began in 1967, semuanya bermula dlm tahun 1967; take ~ of it, ambillah semuanya; they ~ went home at four oclock, semuanya pulang pd pukul empat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
will 1 | 6. (no pt; injunction) mesti; (fml) diminta: all prisoners ~ return to their quarters immediately, semua tahanan mesti kembali ke tempat masing-masing sekarang juga; he ~ do as I tell him, or suffer the consequences, dia mestilah mengikut perintah saya; kalau tdk, dia akan menanggung akibatnya; you ~ all rise when the judges enter, tuan-tuan dan puan-puan sekalian diminta berdiri apabila para hakim masuk; 7. (in polite formulas, often in negative and/or interrog form), a. (stressed and followed by question tag; functions as reminder), [imper v + ya?]: you ~ tell me if the fever increases, wont you?, beritahulah saya kalau demam kamu semakin kuat, ya?; you wont forget to post that letter, ~ you?, jangan lupa pos surat itu, ya?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
only | the ~ thing is, /hanya, cuma/ satu saja: the ~ thing is that we may be away at the time, cuma satu saja, kami mungkin tdk ada di rumah pd masa itu; the one and ~, [not translated]: ladies and gentleman, please welcome the one and ~ Sudirman Haji Arshad!, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, inilah Sudirman Haji Arshad!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
friend | 4. supporter (of cause, fight, party, etc) penyokong: hes no ~ of our movement, dia bukan penyokong gerakan kita; 5. st helpful, teman: diamonds are a girls best ~, berlian ialah teman wanita yg paling rapat; 6. person who is not an enemy, kawan: who goes there? F~ or foe?, siapa tu? Kawan atau lawan?; 7. a. term used when addressing a group of people, saudara sekalian, saudara-saudara; (colloq) kawan-kawan, teman-teman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
at | prep 1. (place) di: theres someone ~ the door, ada orang di pintu; this bus stops ~ the library, bas ini berhenti di perpustakaan; hes still ~ the party, dia masih di pesta; well meet ~ Linas, kita berjumpa di rumah Lina; I bought it ~ Johnsons, saya membelinya di kedai Johnson; 2. (time) pada [often omitted in colloq speech] (rel to age) semasa: she arrived ~ six oclock, dia tiba pd pukul enam; this shop is always open ~ night, kedai ini selalu dibuka (pd) malam hari; ~ (the age of) sixty, semasa berumur enam puluh tahun; 3. (cause, source of action) apabila, ketika: ~ a signal from their leader, the students moved forward, apabila pemimpin mereka memberi isyarat, sekalian mahasisiwa itu maju ke depan; ~ the first bell you must stop writing, apabila loceng pertama berbunyi, kamu mesti berhenti menulis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ex all | tanpa sekalian | Ekonomi | Tiada | Tiada |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berasal dari Parsi. Genre nazam ini mempunyai bentuk yang tetap terutama dalam asterik pembentukan baris dan pembinaan rima. Isi dan pemikirannya lebih banyak berkisar pada hubungan antara raja dan hamba-hambanya. Contohnya, Nazam dalam petikan di bawah. Bahawa bagi raja sekalian Hendak ada menteri demikian Yang pada suatu pekerjaan Sempurnakan segala kerajaan. |
mulamma | mulamma | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufuan ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: Pada wajah atau panda |
closed couplet | kuplet lengkap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |
qi?ah | qi?ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qitah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qitah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qitah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qitah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e say-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu say-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; Laysa lilk-insni illa ma-sa`a. Ertinya: Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan! Dalam sastera Arab, qitah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kali | sekalian sakalian. | kedayan | |
Kamus Thai 2.indb pasa:n] ก mengintegrasikan: นักเขียนชาวอินเดียคนนั้ นสามารถผสานปรัชญา ตะวันออกกับตะวันตกได ้ เป็นอย ่ างดี Penulis India itu dapat mengintegrasikan fal- safah Timur dengan falsafah Barat de ngan baik. ผอง [p:] ว semua, sekalian ผ ่ อง [p:] ว berseri: หน ้ าของเขาผ ่ องขึ้ น หลังจากใช ้ ครีมทาหน ้ าชนิดใหม ่ นั้ น Mukanya lebih berseri setelah menggunakan krim muka yang
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sekalian | [se.ka.lian] | سکالين |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
apa | kata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian. | Kedah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekalian |
|
Puisi |
---|
|
Tanam sirih dalam telaga, Pisang rastali atas raga; Sekalian waris tidak suka, Baik kita berwalikan raja.
Lihat selanjutnya... |
|