Kata |
Takrif |
Sumber |
semesta | seluruhnya; segenap; sekaliannya: ~ alam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semesta | seluruhnya; segenap; sekaliannya: ~ alam. | Kamus Pelajar |
semesta | sl seluruh, segenap, sekaliannya; ~ alam = alam ~ seluruh alam; kesemestaan keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosmografi | 1. pemerian am tentang dunia atau alam semesta; 2. ilmu sains yg berkaitan dgn pembentukan atau susunan seluruh alam semesta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alam semesta | seluruh alam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alam semesta | seluruh alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa semesta(universal language) | Bahasa pengaturcaraan yang dianggap paling kerap digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk melaksanakan sesuatu sistem dalam bidang tertentu. | Kamus Komputer |
pengenal pasti semesta(universal identifier) | Lambang piawai bagi menyatakan atau mengenal pasti sesuatu objek. | Kamus Komputer |
kesemestaan | keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesta I | semesta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cosmos | n kosmos, alam semesta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Creation | n; the ~, a. (act) penciptaan alam; b. the universe, khalikah, alam semesta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
create | vt 1. bring into existence, mencipta; (by the Divine Act) mencipta, menjadikan: the artist has ~d a masterpiece, pelukis itu telah mencipta sebuah karya agung; God ~d the universe, Tuhan mencipta alam semesta; 2. set up, bring forth, mewujudkan; (department, organization, etc) menubuhkan, mewujudkan: to ~ a new and dynamic society, mewujudkan satu masyarakat yg baru dan dinamik; a new department was ~d, sebuah jabatan baru telah ditubuhkan; 3. cause, bring about, menimbulkan: his appearance ~d a sensation, kemunculannya telah menimbulkan sensasi; to ~ a disturbance, menimbulkan kekacauan; to ~ a good impression, menimbulkan tanggapan yg baik; ~ a scene, berbuat heboh; 4. invest with rank, melantik [sso] sbg: the Queen ~d him an earl, Baginda Ratu telah melantiknya sbg earl. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
infinity | n 1. number larger than any other number, infiniti: multiply by ~, darab dgn infiniti; 2. point or distance further than any other, infiniti: parallel lines meet at ~, garis selari bertemu di infiniti; 3. state of being boundless, ketakterhinggaan, infiniti: the ~ of the universe, ketakterhinggaan alam semesta; 4. limitless area, infiniti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik. |
pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik. |
universal joint | sambungan semesta | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sambungan antara aci pacu dengan aci yang dipacu yang boleh berputar pada sebarang sudut. |
cosmic disaster story | cerita malapetaka kosmik | Kesusasteraan | Tiada | Cerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen Tik, Tik, Tik, oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
romantic poetry | puisi romantik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik. |
pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tema dan persoalan tentang ketuhanan dan kepercayaan bagi yang bukan beragama Islam. Dalam puisi yang beraliran panteisme, biasanya penyair akan mengungkapkan ajaran-ajaran atau dakwah bahawa Tuhan mereka itu boleh disamakan dengan kekuatan dan hukum alam semesta. |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud pergaduhan atau pertembungan. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud dunia atau alam semesta dan politicos bermaksud rakyat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
semesta | seluruh semuah segenep [sluruh smuah sgnp] | Melanau Dalat | |
semester | semesta [smsta] | Melanau Dalat | |
Kamus Sains.indb yang diperoleh apabila suatu pengoperasi Hermitian dikenakan ter- hadap suatu fungsi eigen. Nilai ini merupakan kuantiti sahih dan berpadanan dengan suatu kuantiti fizik yang boleh dicerap. (FIZ) Einstein universe (alam semesta Einstein) Model alam semesta yang terdiri daripada permukaan silinder 4 dimensi dalam ruang 5 dimensi. (FIZ) Einstein-Podolsky-Rosen experiment (uji kaji Einstein-Podolsky-Rosen) Uji kaji Gedanken yang dikemukakan untuk menghujah bahawa mekanik
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
semesta | [se.mes.ta] | سمستا |
mesta (semesta) | [mes.ta] | مستا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penunjuk semesta | universal indicator | Penunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. | Menengah Rendah |
pelarut semesta | universal solvent | Pelarut yang boleh melarutkan pelbagai bahan. Contohnya, air. | Menengah Rendah |
alam semesta | universe | Segala jenis jirim, tenaga dan ruang yang wujud termasuk planet, galaksi dan bintang. | Menengah Rendah |
galaksi | galaxy | Himpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
teleskop angkasa lepas | space telescope | Teleskop yang berada di orbit bumi untuk melihat objek di alam semesta dengan jelas tanpa disekat oleh atmosfera bumi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| semesta (kata tugas) | Bersinonim dengan sarwa, segala, sekalian, seluruh, semua, para, segenap, serbi, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;, | |
|
|