Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang dibuat di antara orang Maori New Zealand dengan kerajaan British pada tahun 1840. Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil- wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British mengesahkan dan memberi jaminan kepada orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan kawasan perikanan selagi mereka ingin menjadikannya sebagai pemilikan mereka. Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ratu bertanggungjawab untuk melindungi orang Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British kepada mereka. |