Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUNGAI MUSI | SUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan, Indonesia. Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi. Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu. Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi. Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian. Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir. Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m. Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil. Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| sali (adjektif,) | Bahasa Asal :sastera lama | Bersinonim dengan kuat, kukuh, teguh, kejap, ketat, tahan, padu, pagan, utuh, tegap, kawi., | |
|
|