Syeikh Ahmad al-Fatani (18561908) ialah ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib. Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima pendidikan khas dalam bidang ini. |