Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
TASIK XOCHIMILCO | Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat taman terapung. Menjelang waktu wilayah tersebut ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara membina daik. Mereka menimbunkan lumpur lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz taman terapung ini beransur-ansur menjadi lebih besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong berperahu di terusan-terusan yang memisahkan pulau-pulau buatan tersebut. | UMUM | |
SPENDER, SIR STEPHEN | Spender, Sir Stephen (19091995) ialah pemuisi British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan jenis keindahan yang penyair romantik awal temui pada air terjun dan matahari terbenam. | UMUM | |
MOTHER GOOSE | Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose yang sebenar itu pernah wujud. | UMUM | |
PROFILAKSIS | Profilaksis bererti sebarang rawatan yang melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun dalam keadaan tidak sihat. | UMUM | |
PSIKOSIS | Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang. Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya, dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau ada orang sedang membuat rancangan jahat terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ). | UMUM | |
ORANG NORMAN | Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking, atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula- mula menduduki utara Perancis, kemudiannya mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M., mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis yang terletak berhampiran muara Sungai Seine, yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau Rollo (860?931?) menjadi duke untuk raja Frank, Charles Yang Sederhana (Charles the Simple). Orang Norman pun menganut agama Kristian dan menerima adat Perancis. Ramai orang Norman yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua gereja, dan pahlawan Perang Salib. | UMUM | |
NOLAN, SIR SIDNEY | Nolan, Sir Sidney (19171992), pelukis terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun 1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini, namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya dengan cara yang sungguh menarik dan menakjubkan. | UMUM | |
NAGA LAUT | Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba, legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau terdampar di pantai. | UMUM | |
MINOTAUR | Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang berkepalakan lembu jantan dan berbadankan manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri dari Labirin dengan menggunakan benang yang diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos, Ariadne. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.
Lihat selanjutnya... |
|