Psikologi Gestalt merupakan satu aliran psikologi yang menekankan kajian tentang pengalaman sebagai suatu kesatuan yang menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman yang paling mustahak. Menurut mereka, keseluruhan pola memberi makna kepada setiap unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan pola adalah lebih penting daripada jumlah bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau susuk . |