Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PUPU | Pupu ialah orang di luar lingkungan keluarga terdekat kita yang ada hubungan dengan kita oleh pertalian darah dan berasal daripada nenek moyang yang sama. Carta ini menunjukkan pertalian pupu. | UMUM | |
SUKU | Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem (haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau suku Tobacco. | UMUM | |
KUMPULAN ETNIK | Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang membezakan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan mungkin mempunyai pertalian nenek moyang, budaya, bahasa, kewarganegaraan atau agama, atau kombinasi antara aspek-aspek tersebut. | UMUM | |
PARAMESWARA | Parameswara ( ? 1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (13991414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai Pai-limi- sula dan Parameswara. | UMUM | |
SEMENDA | SEMENDA, pertalian untuk seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang masuk menjadi ahli baharu dalam keluarga wanita tersebut. Istilah ini digunakan dalam sistem kekeluargaan adat perpatih. Mengikut adat perpatih, orang semenda ialah orang yang datang daripada satu suku dan dia mengahwini seorang wanita daripada suku yang lain. Mengikut adat, sistem perkahwinannya ialah eksogami, iaitu kahwin di luar suku. Bagi seseorang yang tanpa suku, dia semestinya dikadimkan kepada suku yang berlainan daripada suku bakal isterinya. | BUDAYA | Adat |
TEMIAR | TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SULTAN MUZAFFAR SYAH | SULTAN MUZAFFAR SYAH (1505-1549), Sultan Perak yang pertama (1528-1549). Baginda diputerakan di Melaka. Sultan Muzaffar Syah adalah pengasas Kesultanan Perak. Baginda adalah putera sulung Sultan Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud Syah, yang berundur ke Bentan berikutan penaklukan Melaka oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Bonda baginda bernama Puteri Onang Kening, puteri Kelantan. Baginda mengahwini Tun Terang, yang ada pertalian saudara dengan keluarga bendahara Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TRI KORO DHARMO | TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD | RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| tali (kata nama) | Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;, | | Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian, |
|
|