Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
reben /rébén/jalur (panjang) drpd kain yg digunakan sbg perhiasan atau utk mengikat sesuatu; pita: Dia mengikat rambutnya dgn ~ merah.Kamus Pelajar
reben/rébén/ jalur (panjang) drpd kain yg digunakan sbg perhiasan atau utk mengikat sesuatu; pita: Dia mengikat rambutnya dgn ~ merah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
reben(rébén) 1. jalur kain, kertas, dsb yg panjang, nipis, dan biasanya dlm pelbagai warna yg digunakan sbg pengikat bungkusan, hiasan, dsb, pita; 2. jalur kain yg panjang, nipis, dan mengandungi dakwat khas yg digunakan dlm mesin taip.Kamus Dewan Edisi Keempat
roset(rosét) gubahan drpd reben atau bahan lain yg berbentuk bunga ros dll dan dijadikan sbg lencana, hiasan, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pitajalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pitacarik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pitacarik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm laring yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu terutamanya semasa membuat pakaian.Kamus Pelajar
pin susuppin yg digunakan utk memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim;Kamus Dewan Edisi Keempat
gimramapersembahan, pertandingan dsb gimnastik yg biasanya menggunakan alat tertentu spt tali, reben dan bola dgn iringan muzik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gimramaakronim bagi gimnastik berirama (iaitu suatu persembahan gimnastik yg biasanya menggunakan alat tertentu spt tali, reben dan bola dgn iringan irama muzik): sekolah itu banyak melahirkan jaguh negara dlm acara skuasy, boling dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reben