Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SILATURAHIM | Perhubungan persahabatan (persaudaraan). | AGAMA | Konsep |
DAMON DAN PYTHIAS | Damon dan Pythias ialah dua orang muda bangsawan dalam legenda Yunani. Persahabatan dan sifat setiakawan menyebabkan mereka berdua ini sangat terkenal. | UMUM | |
EPICURUS | Epicurus (342?270 SM) ialah ahli falsafah Yunani. Pendapatnya tentang keseronokan, kebebasan, dan persahabatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan Yunani-Rom. | UMUM | |
POCAHONTAS | Pocahontas (1595?1617?) ialah anak perempuan ketua Orang Asli Amerika, Powhatan. Dia bekerja untuk mengekalkan persahabatan antara Orang Asli Amerika dengan penjajah Inggeris yang awal di Amerika. Kapten John Smith, pemimpin peneroka di Jamestown, Virginia mendakwa bahawa Pocahontas pernah menyelamatkan nyawanya. Smith menulis dalam bukunya The Generall Historie of Virginia, New England, and the Summer Isles (1624) bahawa Powhatan ingin membunuhnya dengan belantan batu. Smith mendakwa bahawa Pocahontas telah meletakkan kepalanya pada Smith dan merayu pada ayahnya supaya tidak membunuh Smith. Tetapi cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana buku-buku terawal Smith gagal menjelaskan punca kejadian ini. | UMUM | |
APEX | Apex adalah sebuah organisasi bagi kaum lelaki yang berusia antara 18 hingga 40 tahun. Matlamatnya adalah untuk memberikan perkhidmatan masyarakat, menggalakkan persahabatan di kalangan ahli, dan mewujudkan masyarakat yang bijak dan agresif. Persatuan ini dimulakan di Geelong, Victoria, Australia pada tahun 1931 oleh tiga orang arkitek. | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN MELINDO | EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.
| BAHASA | Bahasa |
PAIP PERDAMAIAN | Paip perdamaian juga dikenali sebagai calumet, ialah istiadat menghisap paip tembakau yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Amerika di Amerika Utara sebagai tanda keamanan dan persahabatan. | UMUM | |
PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS | PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (1880), perjanjian perdamaian, persahabatan dan pertikaian rasmi yang pertama ditandatangani antara Sultan Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang menegaskan semula hak Kedah ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERJANJIAN SULU | PERJANJIAN SULU (1761), perjanjian yang ditandatangani antara Sultan Bantian dengan Dalrymple, wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Madras, India. Perjanjian persahabatan dan perdagangan ini adalah sebahagian daripada usaha peluasan kuasa British di Alam Melayu, khususnya di Kepulauan Sulu dan Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERJANJIAN BURNEY | PERJANJIAN BURNEY (1826), perjanjian pertama yang ditandatangani antara Siam dengan British. Tujuan utama perjanjian ini ditandatangani adalah untuk menjaga kepentingan perdagangan British di Siam dan menjalin persahabatan antara Siam dengan British setelah menolak pemintaan pertama British pada sekitar tahun 1821 kerana faktor keselamatan Siam ketika berdepan dengan kuasa British di Burma dan untuk menentukan kedudukan politik Siam di Semenanjung Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
|
Tesaurus |
---|
| sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
|