Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti keroncor dengan belangkas.

Takrif

Persahabatan yang karib. keroncor = ketam besar jantan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berpatah arang berkerat rotan.

Takrif

Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah.

Takrif

Persahabatan yang karib.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Takrif

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.

Takrif

Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,