Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENGAWAL YEOMEN | | UMUM | |
PENGAWAL SWITZERLAND | | UMUM | |
PENGAWAL PRAETOR | | UMUM | |
PENGAWAL IMBANG | | UMUM | |
PENGAWAL DIRAJA | | UMUM | |
NOLAN, SIR SIDNEY | Nolan, Sir Sidney (19171992), pelukis terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun 1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini, namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya dengan cara yang sungguh menarik dan menakjubkan. | UMUM | |
SAMURAI | Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai, bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam kumpulan ini. | UMUM | |
AKITA | Akita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita digunakan untuk memburu beruang dan binatang besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita sebagai anjing pengawal dan anjing polis. | UMUM | |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
MENARA LOCENG | Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat. Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk memanggil orang bersembahyang. Menara serupa ini juga didirikan di dewan bandar raya yang berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur yang menjadi kebanggaan orang ramai. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kawal (kata kerja) | Bersinonim dengan jaga, awas, ronda, tunggu, kelola, pelihara, bela, didik, perintah,
tadbir, kuasai, arah, kemudikan, laksana, bimbing, pimpin, tunjuk ajar,
ketuai, pandu, iring, temani, kendali, selenggara, amati;, | | Kata Terbitan : berkawal, mengawal, terkawal, kawalan, pengawalan, pengawal, |
|
|