| Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
| PELAN INTEGRITI NASIONAL | Pelan kerajaan | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Konsep |
| NASH, JOHN | Nash, John (17521835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. | UMUM | |
| MEJA UKUR | Meja ukur, alat yang digunakan untuk menjalankan kerja ukur secara grafik khususnya bagi menghasilkan pelan atau peta. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA) | Automobile Association (AA) di Britain ialah pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini umumnya adalah untuk melindungi dan meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang, maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan sebuah buku panduan percuma. AA mengatur insurans motor dan lain-lain, dan merupakan penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan, panduan dan peta. | UMUM | |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | pelan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan lakaran: lukisan, gambar, rangka, rajah, gambar rajah, peta, bagan, denah,
2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, program, skim, skema.,
|
|
| Peribahasa |
|---|
| 355 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|