Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORKNEY | Orkney ialah sekumpulan 67 buah kepulauan dan pulau kecil yang terletak di pantai utara Scotland. Sebahagian daripada 21 buah Kepulauan Orkney didiami. Pulau yang terbesar, Mainland, mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai termasuk di pekan-pekan Kirkwall dan Stromness. | UMUM | |
PEKAN | | UMUM | |
PEKAN SARI | PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
STRATFORD-UPON-AVON | Stratford-upon-Avon ialah sebuah pekan sunyi, di Warwickshire, England, yang masyhur sebagai tempat lahir William Shakespeare. Ia terletak di lembah hijau Sungai Avon. Untuk lokasinya, lihat United Kingdom (peta politik). Rumah lama separuh kayu mendereti jalan raya sempit Stratford-upon-Avon. Ia merupakan pekan yang terbesar di daerah Stratford-on-Avon. | UMUM | |
TAMU | Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu berasal daripada perkataan tamu yang didasari daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk kepada pertemuan atau perjumpaan antara seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan menjalankan aktiviti berjualan. | UMUM | |
NORTHAMPTON | Northampton (pend. 178 200), pekan dan daerah di bawah kerajaan tempatan di Northamptonshire, England . Ia merupakan pusat pembuatan, dikenali untuk industri membuat kasut. Bandar ini terletak di Sungai Nene. Bangunannya yang indah termasuk St. Peters Church, dengan hiasan Normannya, dan sebuah katedral moden Roman Katolik. Northampton sebelum ini merupakan sebuah bandar baru (lihat Bandar baru ). | UMUM | |
PERTEMPURAN BALAKLAVA | Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober 1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki, dan British telah menawan Balaklava dengan mudah dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia menghantar bala tentera yang besar dari Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13 kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua- dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang Krimea. | UMUM | |
MARBLE BAR | Marble Bar (pend. 352) ialah pekan kecil di wilayah Pilbara di bahagian barat laut Australia Barat. | UMUM | |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
MISSISSIPPI | Mississippi ialah sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan pertanian dan pekan kecil. Mississippi kini menjadi negeri perindustrian dan bandar yang sibuk. Jackson adalah ibu negeri Mississippi dan bandar terbesar. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 627 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|