Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin meniup air permukaan yang panas, menyebabkan air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan. Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat Humboldt, Baron von ). |