Sucker ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis ikan yang berkaitan rapat dengan famili minnow. Kebanyakannya mempunyai mulut yang bibirnya tebal berisi yang membantunya menghisap haiwan dan tumbuhan di dasar tasik dan anak sungai. Sucker berwarna malap kecuali pada musim bunga, apabila sesetengah spesies sucker jantan bersirip kuning hingga merah dan berjalur warna ros atau jingga. |