Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MULUT | Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. | UMUM | |
MULUT TRENC | Mulut trenc, juga dikenali sebagai jangkitan Vincent ialah penyakit yang menyerang mulut dan kerongkong. Ia dinamakan mulut trenc semasa Perang Dunia I (19141918), apabila beribu-ribu askar menghidapnya semasa bertempur di dalam parit. Para doktor tidak dapat memastikan apakah punca penyakit ini, walaupun mereka mengagak ia terjadi akibat jangkitan kuman. Penjagaan mulut dan pemakanan yang kurang baik sering kali didapati pada penghidap penyakit ini dan ia boleh menyebabkan penyakit ini membiak. Penyakit ini tidak berjangkit. | UMUM | |
DIANG-DIANGAN | DIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita. | SASTERA | Karya |
KEBERSIHAN GIGI | Kebersihan gigi ialah sains dan amalan penjagaan gigi, gusi, dan bahagian lain mulut. Mulut yang bersih menghalang berlakunya kerosakan gigi, penyakit gusi, dan kerosakan yang lain di bahagian mulut (lihat Gigi [Penyakit]). | UMUM | |
MENGUAP | Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. | UMUM | |
PENYAKIT KUKU DAN MULUT | | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
SKULPIN | Skulpin ialah famili ikan yang mempunyai mulut besar, kepala besar, leper dan badan yang tirus hingga ke sirip ekor. Siripnya mempunyai jejari sirip yang sempurna. Skulpin hidup di banyak bahagian di dunia, terutamanya berhampiran dengan pantai berbatu. Sesetengahnya hidup di bahagian dalam lautan, dan yang lain hidup dalam air tawar di pedalaman. | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
KANKER | Kanker ialah kudis kecil dan menyakitkan di mulut. Satu atau beberapa kanker mungkin terjadi pada masa yang sama di lidah atau di bibir. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh tebu seberang, Dari pucuk sampai ke umbi; Manis sungguh mulut orang, Manis mulut sampai ke hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 274 Don't jump from the flying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|