Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEUKU PANGLIMA POLEM | TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud Abang. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ABDULLAH SIDEK | ABDULLAH SIDEK (1913-1973), penulis. Dia lahir pada bulan Mac 1913 di Kampung Kadut, Mukim Jabi, Segamat, Johor | SASTERA | Konsep |
KEDAH | Kedah (pend. 1 308 400), negeri di utara Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai negeri jelapang padi. Kedah terdiri daripada 11 daerah dan 132 mukim. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG | DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di Mukim Sayong, dan beberapa kawasan lain di sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak. Mukim Sayong ini terletak berhampiran Sungai Perak, dan di mukim inilah terletaknya bandar diraja Kuala Kangsar. Oleh sebab nama Kuala Kangsar itu lebih dikenal umum, maka sejak kebelakangan ini, nama dialek Melayu Kuala Kangsar lebih sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di kawasan ini berbanding penggunaan nama dialek Melayu Pulau Sayong (DMPS). | BAHASA | Bahasa |
SYED HARUN JAMALULLAIL | SYED HARUN JAMALULLAIL (1737-1825), penghulu pertama mukim Arau, Perlis. Beliau bertanggungjawab meneroka dan membuka mukim Arau. Syed Harun Jamalullail juga merupakan generasi awal keturunan Jamalullail yang akhirnya menjadi raja dan memerintah negeri Perlis. Ayahnya Syed Ahmad Jamalullail berasal dari negeri Hadramaut, Tanah Arab, manakala ibunya Syarifah Aminah, berasal dari Alor Setar, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHMAN MERBOK | ABDUL RAHMAN MERBOK (1899-1986), ulama. Dia lahir di Kampung Alor Ibus, mukim Tebengau, daerah Kota Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Haji Abdullah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LINGGI | LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MUAR | Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di bahagian barat negeri Johor yang menghala ke Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya. Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar, iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek, Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga, Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang, Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri Menanti. | UMUM | |
PERISTIWA MEMALI | PERISTIWA MEMALI, peristiwa berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, pada bulan November 1985. Peristiwa ini dicetuskan oleh Ibrahim Mahmood dan pengikutnya yang menggunakan agama untuk tujuan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
MEKMULUNG | MEKMULUNG, teater tradisional yang dipersembahkan dalam bentuk nyanyian serta iringan muzik yang berasal dari mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
|
Tesaurus |
---|
| mukim (kata nama) | Bersinonim dengan daerah, kawasan, wilayah, zon, provisi, bahagian, rantau, kampung, desa,
lingkungan, kelurahan, mandala, luak., | |
|
|