Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AYAT MUDAH | Ayat mudah ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. | BAHASA | Konsep |
KAPAL TERBANG MUDAH ALIH | Kapal terbang mudah alih lihat V/STOL. | UMUM | |
TELEFON SELULAR | Telefon selular ialah sejenis unit telefon mudah alih. Ia membolehkan manusia berkomunikasi di suatu kawasan yang luas dengan menggunakan gabungan radio, telefon, dan teknologi komputer. Terdapat tiga jenis telefon selular: telefon bergerak , telefon mudah angkut , dan telefon mudah alih . Telefon bergerak dipasangkan secara tetap pada kenderaan dan digerakkan oleh enjin kenderaan. Telefon mudah angkut dapat dipindahkan dan dibawa dalam sarungnya berserta bateri untuk membekalkan kuasa. Telefon mudah alih menggunakan unit kuasa bateri yang dapat dibawa dengan tangan. | UMUM | |
TANGERIN | Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. | UMUM | |
POLIVINIL KLORIDA (PVC) | Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza. Terdapat dua jenis asas plastik PVC tegar dan fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai mandi, hos, dan bahan penebat elektrik. | UMUM | |
KHEMAH | Khemah ialah tempat perlindungan mudah alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah untuk berlindung daripada cuaca dan serangga. Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya daripada nilon, kanvas dan kain kapas. Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin yang besar yang boleh memuatkan enam orang dewasa. | UMUM | |
PERMALOI | Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan. Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini, permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi. | UMUM | |
SUAR | Suar ialah lampu, atau struktur yang mudah dilihat, yang biasanya terletak pada kedudukan yang tinggi. Suar terutamanya digunakan untuk membantu juruterbang atau kapten kapal mencari laluan yang selamat. Rumah api dan boya pelayaran merupakan dua jenis suar yang utama bagi kapal. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
ASETILENA | Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan mudah menyala, biasanya digunakan untuk membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 . Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu. Gas ini juga akan meletup apabila bercampur dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy, mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836. Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860, apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot, menemui satu cara untuk mensintesis gas ini daripada karbon dan hidrogen, dengan menggunakan arka elektrik. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| mudah (adjektif) | Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;, | | Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.
Lihat selanjutnya... |
|