Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASYARAKAT KOMUNAL | Masyarakat komunal ialah masyarakat yang dibentuk oleh mereka yang percaya bahawa mereka boleh bersama-sama menjadikan kehidupan ini lebih baik daripada melakukannya secara bersendirian. | UMUM | |
DRAMA MASYARAKAT | DRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MASYARAKAT | Masyarakat lihat Sosiologi. | UMUM | |
KEBAJIKAN MASYARAKAT | Kebajikan masyarakat ialah program kemasyarakatan yang membantu orang ramai mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan kewangan untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang upaya atau kematian. | UMUM | |
DEWAN MASYARAKAT | DEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam. | SASTERA | Penerbitan |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
MORES | Mores ialah adat resam yang menggambarkan idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan dalam kebanyakan masyarakat tentang pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan hukuman yang keras. Istilah mores berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud adat. | UMUM | |
BELACAN | BELACAN, perencah makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutama masyarakat Melayu. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan seklog yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |
KELAS SOSIAL | Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka lebih baik daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| masyarakat (kata nama) | Bersinonim dengan umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik,
ras, orang ramai, khalayak ramai, penduduk, mujtamak;, | | Kata Terbitan : bermasyarakat, memasyarakatkan, pemasyarakatan, |
|
|