| Sakhawiy, Abd Rahman al, reformis dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar al-Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga banyak mengarang buku. Pengarang kitab  Hidayat   al-Arifin  telah menyenaraikan lebih kurang 130 buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah buku. Antara karyanya yang terpenting ialah  al-   Dhau al-Lami fi Ayan al-Qarni al-Tasi, Fath al-   Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-Iraqi dalam   Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan   Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ala l-   Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-   Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-Ilan bi-al-   Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.  |