Sholes, Christopher Latham, (18191890) ialah pencipta dan wartawan Amerika yang membantu membangunkan mesin taip pertama yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun 1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya, James Densmore. Mereka mula membuat mesin tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan Densmore memberi kontrak kepada Remington and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan. Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga Mesin taip (Sejarah; gambar). |