Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
|
Tesaurus |
---|
| kesat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,
2. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,
| Kata Terbitan : mengesat, pengesat, |
|
Puisi |
---|
|
Kain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.
Lihat selanjutnya... |
|