Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDUL LATIFF ABDUL RAZAK | ABDUL LATIFF ABDUL RAZAK (1889-1956), ahli perubatan dan merupakan anak Melayu yang pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PUNCH GUNALAN, DATUK | Punch Gunalan, Datuk (1944 ), pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah King George V, Seremban, sebelum melanjutkan pelajaran di Brighton Technology College, United Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1967. | UMUM | |
OTHMAN SULAIMAN | OTHMAN SULAIMAN (1952 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BAHASA | Tokoh |
TRISNO SUMARDJO | TRISNO SUMARDJO (1916 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 1948), ketua majalah Indonesia (1947 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta. | SASTERA | Tokoh |
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH | MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABDUL LATIF ABDUL RAZAK | Abdul Latiff Abdul Razak (18891956), ahli perubatan dan anak Melayu pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor. Abdul Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Malay College Kuala Kangsar, Perak; dan King Edward VII, Medical College Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
REVOLUSI GEMILANG | Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688 bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di England dan melantik William III dan Mary II sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman Katolik daripada menaiki takhta dan melarang seseorang raja daripada menangguh undang-undang, mengekalkan angkatan tentera ketika aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan Parlimen. | UMUM | |
JOSE JOYA | JOSE JOYA (1931 - ), pelukis Filipina. Dia lahir pada 3 Jun 1931 di Manila, Filipina. Dia mendapat pendidikan seni secara formal di University of the Philippines (1949 1953) dengan ijazah Bachelor of Fine Arts, kemudian di University Santo Tomas Manila (1953), dan di Cranbrook Academy of Art, Amerika Syarikat (1956 1957) dengan kelulusan Master of Fine Arts dan seterusnya di Pratt Center For. Jose Joya pernah bertugas sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai Dekan, Kolej Seni Halus University of the Philippines (1970 - 1978). | BUDAYA | Tokoh |
SALLEH ABD. LATIFF | SALLEH ABD. LATIFF (1947 - ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 22 September 1947 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh bin Abd. Latif. Dia menggunakan nama pena seperti Ala Salfa, Ala Sahmah, FM, Sal dan Winnie Mas. Dia mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris dari tahun 1953 hingga tahun 1965. Dia juga pernah menuntut di North East London Polytechnic, London (1980 1982) dan memperoleh diploma tertinggi (IIND) dalam pengajian pengurusan. Dengan kelulusan itu, dia diterima sebagai ahli penuh British Institute of Management (BIM). | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| lulus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,
2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,
3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut
4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,
| Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan, |
|
|