Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELUARGA DIRAJA | Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara United Kingdom contohnya raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA HABSBURG | Keluarga Diraja Habsburg ialah keluarga diraja Eropah yang termasyhur. Keturunan keluarga Habsburg (juga dieja Hapsburg) memerintah Empayar Rom Holy selama hampir 400 tahun. Anggota keluarga diraja ini menduduki takhta beberapa kerajaan di Eropah, kecuali selama beberapa tahun, dari tahun 1200-an hingga ke awal tahun 1900-an. | UMUM | |
KELUARGA GRACCHUS | Keluarga Gracchus ialah keluarga bangsawan kelas atasan pada zaman Rom purba. Dua beradik, Tiberius dan Gaius Gracchus menjadi terkenal sebagai pegawai yang cuba mengubah sistem politik dan ekonomi Republik Rom. Mereka diingati khususnya kerana cadangan mereka bagi reformasi tanah. Kadang-kadang kedua-dua mereka ini digelar Gracci . | UMUM | |
KELUARGA | Keluarga merupakan satu institusi manusia yang paling umum dan tertua. Sejak zaman prasejarah, keluarga telah menjadi organisasi penting dalam masyarakat. Kebanyakan orang membesar dalam keluarga, dan apabila dewasa memulakan keluarga sendiri. | UMUM | |
ASTOR | Astor ialah nama sebuah keluarga Amerika yang penting. Keluarga Astor dahulunya digelar tuan tanah New York disebabkan John Jacob Astor yang pertama, iaitu pengasas keluarga ini, banyak menanam modal pada hartanah di New York. Nilai tanah itu meningkat dan keluarga ini menjadi salah sebuah keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KELUARGA SIDEK | Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato Sidek yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak Dato Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani, Rahman, Rashid, dan Zamaliah. | UMUM | |
KELUARGA AMATI | Keluarga Amati ialah sebuah keluarga pembuat biola yang bekerja di Cremona, Itali dari tahun 1500-an hingga tahun 1700-an. Biola Amati terdapat dalam pelbagai warna daripada merah gelap hingga kuning terang. Biola itu mempunyai bentuk dan lengkung yang halus dan bahagian atas yang melengkung tinggi. Lengkung itu membantu menghasilkan bunyi soprano yang halus dan sedap didengar, yang digemari oleh kumpulan pemuzik essembel yang popular pada tahun 1600-an. | UMUM | |
KELUARGA WYSS | Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang popular berkenaan dengan keluarga yang mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743 1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama anak lelakinya Johann Emanuel (17821837). Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya yang lain, Johann Rudolf (17811830) menemui semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813. Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai pengarang kisah tersebut. | UMUM | |
NAMA | Nama. Setiap orang mempunyai nama. Sesetengah orang mempunyai banyak nama. Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah nama keturunan yang diturunkan kepada semua ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah negara nama ini diletakkan selepas nama yang diberi. Nama yang diberi atau nama pertama membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap memberi nama kepada anak-anak mereka dengan makna tertentu. Kerap kali mereka tidak menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan. Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai untuk disesuaikan dengan penggunaan moden. | UMUM | |
TAIRA | Taira ialah nama sebuah keluarga yang memerintah Jepun dari tahun 1160 hingga tahun 1185. Keluarga ini juga dikenali dengan nama Chinanya, Heike. Selepas maharaja Jepun kehilangan pengaruh politiknya pada akhir tahun 700-an M., beberapa keluarga yang berpengaruh telah bertelingkah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Keluarga Taira berjaya mengetuai golongan pahlawan yang baru ini dan memerintah Jepun hingga tahun 1867. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.
Lihat selanjutnya... |
|