Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
anak-beranak1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak;Kamus Dewan Edisi Keempat
anak1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
anak1. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2. manusia yg masih kecil. 3. binatang atau pokok yg masih kecil. 4. orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5. sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan di luar nikah. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ mas (emas) a. anak hamba yg diangkat sbg anak oleh tuannya. b. orang yg dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur di bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ tiri anak kpd isteri atau suami sendiri dengan suami atau isterinya yg dahulu. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1. orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1. melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2. mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3. dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1. pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2. keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3. orang asing yg dilahirkan di negeri kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negeri kita.Kamus Pelajar
mak I1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (me­mepat serta mencukur rambut di dahi) pe­ngantin perempuan; b) perempuan yg kerja­nya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perem­puan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perem­puan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) sau­dara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumbuk I1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai seka­rang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertub­ruk­an (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusah­kan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pan­dangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, mem­benturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, ter­tubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumat­kan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus di­buat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pan­dangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, ber­lawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn Secret Service penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ibu I1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumah I1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya di­bahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk menge­ringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat me­masukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di bela­kang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat per­temuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (se­ban­dung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id pang­gung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg meng­usahakan tanaman atau ternakan, biasa­nya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantai­nya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat me­nahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ pen­jelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesang­garahan Id = ~ persinggahan rumah per­hentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat me­nyem­­belih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) ter­utama­nya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa ke­be­naran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidil­fitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpang­an rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruh­kan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (mem­peristerikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mati I1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (per­cakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menye­lesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pem­bunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (bina­tang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada se­mangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenar­nya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt ter­lalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta­merta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn menge­tepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong­menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (di­hina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan meng­hilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengum­pat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguh­sungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (me­ngerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sama1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan terima kasih drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibarat­­kan, meng­anggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, me­nyer­ta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,