Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Tidak resan kunyit, resan serai.

Takrif

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pisang masak separak.

Takrif

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Padi setangkai bernas semuanya.

Takrif

Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Takrif

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.

Takrif

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Degar-degar merapati.

Takrif

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat perahu takkan karam sebelah.

Takrif

Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencukur kepala.

Takrif

Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melentur dahan dek meluyut buahnya.

Takrif

Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencabik baju di dada.

Takrif

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...