Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENULISAN KREATIF | Hasil karangan atau satu hasil tulisan. | SASTERA | Konsep |
ESEI | Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen yang mengandungi pandangan atau analisis penulis tentang subjek tertentu. | UMUM | |
MEIN KAMPF | Mein Kampf ialah buku karangan Adolf Hitler. Judulnya dalam bahasa Jerman bermaksud Perjuanganku . Ia diterbitkan dalam dua jilid pada tahun 1925 dan tahun 1927. | UMUM | |
THE ILLIAD | Puisi epik terkenal yunani yang dipercayai hasil karangan Homer. | SASTERA | Karya |
PETER PAN | Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie berjudul The Little White Bird (1902). Barrie mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904). Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir James Matthew. | UMUM | |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Masudi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Marifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
KESULTANAN TERENGGANU | KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
BASIC SYNTACTIC STRUCTURES IN STANDARD MALAY | Basic Syntactic Structures in Standard Malay, buku kajian tentang struktur sintaksis asas bahasa Melayu, hasil karangan E.M.F. Payne dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1970. | BAHASA | Konsep |
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI | KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru. | SASTERA | Karya |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| karang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,
2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,
| Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang, |
|
|